Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Membaca Yaa Siin, bertahlil Sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64
23/05/2025

 


Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-64, Kementerian Pertahanan pagi tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.

Majlis berkenaan adalah khusus buat ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.

Hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti yang dijadualkan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 yang akan diraikan pada 31 Mei 2025>

Juga hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; serta peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto